PERBANKAN ISLAM

Syariah sebagai teras utama

Syariah sebagai teras utama

AEON Bank merupakan Bank Digital Islam pertama di Malaysia. Kami komited dalam menawarkan produk dan perkhidmatan patuh Syariah.

 

 Pasukan kami terdiri daripada pakar industri yang merangkumi penasihat, penyelidik dan pembangunan Syariah, serta bahagian fungsi kawalan Syariah meliputi Pengurusan Risiko SYariah, Semakan dan Audit Shariah. Pasukan ini bersama-sama bertanggungjawab dalam memastikan produk dan perkhidmatan Bank sentiasa mengikut prinsip Syariah. Kami melaksanakan langkah-langkah ini untuk memastikan semua aspek perniagaan, operasi, penjenamaan, pemasaran, dokumentasi, struktur dan ciri produk adalah patuh Syariah.

 

 AEON Bank juga yakin dengan adanya Ahli Jawatankuasa Syariah yang terkenal dengan kepakaran dalam bidang Fiqh dan Usul al-Fiqh, teknologi kewangan (FinTech) dan Kewangan Islam. Komitmen mereka amat penting dalam memberikan pandangan dan panduan kepada AEON Bank dalam usaha kami untuk terus memperluaskan produk dan perkhidmatan.